Thursday, December 2, 2010

Hati...berPERAnan , bagaiMAna??

Assalamualaikum...hati terlebih dahulu bertindak sebelum mulut memainkan peranannya. JelaslaH di sini, bahawa semua yang kita lakukan bermula dengan detik di hati. Hati akan menghantar mesej ke otak dan seterusnya mengarahkan anggota lain untuk bertindak. Ibaratnya, hati itu sebagai punca utama dalam setiap perlakuan manusia. Pada hari ini, seperti yang kita lihat, banyak orang yang gagal mengawal diri lantaran hati  tidak bertindak sebagai pembimbing yang baik kerana manusia suka mengikut kata hati dan jarang menggunakan kehendak akal untuk melakukan sesuatu.


Jika kita mahukan segala sifat terpuji kekal dalam diri, hati perlulah dibersihkan dan dibebaskan terlebih dahulu daripada segala kekotoran dan sifat yang tercela. Hati yang bersih, dan baik akan memberi arahan kepada anggota tubuh badan yang lain agar sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.


Sabda Rasulullah s.a.w :


   '' Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi, seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh  anggota badannya. Dan dagingnya yang dimaksudkan ini adalah HATI .''


Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memiliki hati yang berunsur baik ini kerana sahaja akan menjadi orang yang taat dan beriman malahan mempunyai akhlak yang mulia. Sekian, saya akhiri dengan serangkap pantun,


Jalan- jalan makan roti,
   Makan roti atas titi,
Mari kawan bersihkan hati,
   Agar hati takkan mati.




REnung2kan...dan selamat berAMAL... ; )

No comments:

Post a Comment